Nasional

Bekas Presiden MTUC, Zainal Rampak meninggal dunia

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak meninggal dunia, pada pukul 2.55 pagi tadi.
Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor dalam satu kenyataan berkata, pemergian Allahyarham Zainal dirasai kerana beliau merupakan pemimpin kesatuan sekerja terunggul di negara ini.
“Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan serantau,” katanya
Allahyarham Zainal berkhidmat sebagai Presiden MTUC dari 1986 hingga 2004, memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar.
Pada peringkat antarabangsa, beliau turut dikenang atas sumbangannya sebagai ahli badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari 2000 hingga 2004. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button