Sukan

Euro 2024: Jaringan dramatik di masa tambahan bantu England atasi Slovakia

Gol penyamaan masa kecederaan Jude Bellingham menyelamatkan maruah England sebelum Harry Kane menanduk masuk gol kemenangan untuk membolehkan mereka menang 2-1 ke atas Slovakia dalam pusingan 16 terakhir Euro 2024 di Gelsenkirchen Arena AufSchalke pada hari Ahad.

Slovakia yang terus menyerang mengejutkan England di awal permainan namun David Hancko mahupun Lukas Haraslin tidak mampu memecahkan kebuntuan walaupun kedua-dua pemain itu ada peluang baik.

Usaha Slovakia akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran David Strelec yang baik membantu Ivan Schranz memecah kebuntuan dengan 25 minit permainan. Ia adalah gol ketiga Schranz dalam kejohanan itu.

The Three Lions cuba meningkatkan tekanan tetapi gagal mengubah 77 peratus penguasaan bola menjadi gol  pada separuh masa pertama.

Keadaan berubah selepas perlawanan dimulakan semula apabila anak buah Gareth Southgate menganggap mereka telah menyamakan kedudukan dengan hanya lima minit separuh masa kedua bermula. Bagaimanapun, gol Phil Foden dibatalkan kerana ofsaid.

England bernasib baik kerana Slovakia tidak menggandakan pendahuluan apabila rembatan jarak jauh Strelec terlepas gawang kosong beberapa saat kemudian.

Ketika perlawanan berlangsung, England ketandusan idea untuk mengatasi pertahanan kompak Slovakia walaupun Declan Rice menggegarkan tiang dari jarak jauh pada minit ke-81.

Anak buah Francesco Calzona cuba untuk mempertahanka kelebihan satu gol itu sehingga ke penghujung tetapi dihukum pada lewat permainan apabila Bellingham melakukanb sepakan gunting untuk gol penyamaan di masa kecederaan.

Keadaan menjadi buruk kepada Slovakia apabila Three Lions melengkapkan kebangkitan mereka dengan sepak mula masa masa tambahan, dengan Kane menanduk masuk gol ke-65 untuk England bagi mengesahkan pertemuan suku akhir menentang Switzerland.

“Ia adalah saat yang besar, tetapi ia adalah kejohanan yang panjang dan kami hanya akan mengetahuinya jika kami terus memenangi piala. Kami akan memutuskan dalam dua minggu akan datang betapa pentingnya ia,” kata Bellingham.

“Saya berasa bangga, kami bermain perlawanan hebat menentang pasukan bertaraf dunia dan salah satu pasukan kegemaran. Kami membenarkan England sangat sedikit, kami hampir mara. Malangnya, kami tidak berjaya,” kata jurulatih Slovakia, Calzona.

England kini akan menentang Switzerland pada suku akhir di Dusseldorf pada 6 Julai. – Xinhua

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button