Nasional

Marhayani Md Saad Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia yang baharu

MARHAYANI Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang baharu berkuat kuasa 25 Jun 2024 menggantikan Halimah Abdul Rahim yang bersara wajib pada 1 Jun 2024 yang lalu.

MOSTI dalam satu kenyataan memberitahu, Marhayani, 55, telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam pada 1 September 1993.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) dari Humboldt State University, California, Amerika Syarikat.

Beliau yang dilahirkan di negeri Kedah sebelum ini pernah menyandang tugas sebagai Pengarah KIMIA Kedah dan Pengarah Kanan Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KIMIA Malaysia pada 15 November 2023.

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan mempunyai kepakaran luas dalam bidang forensik, kesihatan dan alam sekitar, halal serta keselamatan Kimia.

Related Articles

Beliau juga sebelum ini bertanggungjawab mengetuai projek Pengukuhan Perkhidmatan Makmal Melalui Pengwujudan Kemudahan Makmal Bergerak (Mobile Lab) dan Pasukan Tindakan Bencana Kimia Jabatan Kimia Malaysia.

Melalui projek ini, kesiapsiagaan KIMIA Malaysia khususnya dan negara amnya dapat dipertingkatkan terutamanya dalam menangani bencana dan ancaman pengganas yang melibatkan bahan kimia. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button