Agama

Pemangku Raja Perlis ingatkan jemaah haji, umrah jaga kesihatan

PEMANGKU Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan jemaah haji dan umrah agar sentiasa mengutamakan aspek kesihatan ketika berada di Tanah Suci.

Titah baginda, ‘kesihatan diri adalah faktor penting yang dapat menjamin kesempurnaan ibadah. Jadi perkara ini perlu diberikan perhatian oleh jemaah ketika menunaikan haji dan umrah.

Baginda bertitah demikian selepaa berkenan mengadakan lawatan ke Pusat Kesihatan Al-Bayt (AMC) di Menara Jam Wakaf King Abdul Aziz lil-Khadimil Haramain di Mekah baru-baru ini.

Keberangkatan baginda yang diiringi oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Medex Healthcare Services Limited (MEDEX), Dr Abdullah Zaher; Pengarah Perubatan MEDEX, Dr Khaled Hamu dan pengurusan AMC.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Al-Khairi Berhad, Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahya dan Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Related Articles

Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat dan mendengar taklimat berkaitan inisiatif perlindungan takaful antara Al Khairi Insurance Limited (AKIL), MEDEX serta AMC yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Mohd Khairi mempersembahkan penerangan mengenai perlindungan takaful yang disediakan secara bersama oleh AKIL, MEDEX dan AMC kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra.

AKIL dan AMC telah menjalinkan kerjasama dalam memberikan perlindungan sepanjang tempoh perjalanan dan keberadaan jemaah Malaysia yang berada di Tanah Suci.

Selain menjamin aspek penjagaan kesihatan, inisiatif berkenaan juga dapat menjimatkan perbelanjaan pengurusan jemaah yang dikendalikan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button