Pendidikan

Buku terbitan UPSI dapat pengiktirafan di negara China

TANJUNG MALIM: Buku terbitan Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kian mendapat pengiktirafan negara China apabila tiga buah bukunya berjaya tersenarai dalam katalog 50 Best Malaysian Titles for International Rights Edisi 2023/2024.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata pengiktirafan tersebut diterima oleh UPSI  sempena Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF ke-30 yang sedang berlangsung di Malaysia Pavilion, China National Convention Centre (CNCC) dan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Who.
Lebih membanggakan, katanya, Penerbit turut mencipta rekod baharu setelah 11 buah buku berjaya terpilih dalam senarai 200 Judul Bagi Perolehan Perpustakaan Projek Khas China 2024 yang dikelolakan oleh Perbadanan Kota Buku (PKB).
Katanya, tiga buah buku tersebut adalah Countering the Western Canon- Other Ways Of Knowing About Journalism And Media, Wayang Kulit Kelantan Evolusi Bentuk Gumbalan Seri Rama, Rawana dan Siti Dewi dan buku Asas Kemahiran Jawi Evolusi Tulisan Jawi dan Seni Khat.
“Buku Countering the Western Canon- Other Ways Of Knowing About Journalism And Media tulisan Ahmad Murad Merican. Buku ini mewakili pembabitan beliau dalam epistemologi, sejarah, budaya dan perspekstif kemasyarakatan dalam dunia kewartawanan dan media,” .
“ Buku Wayang Kulit Kelantan Evolusi Bentuk Gumbalan Seri Rama, Rawana dan Siti Dewi pula adalah buku yang diterjemahkan daripada hasil penyelidikan dan pengalaman penulis, Dr. Fara Dayana Mohd Jufry sebagai pengamal dari generasi keempat Dalang tersohor negeri Kelantan, Mamat Semail. Buku ini dihasilkan berdasarkan latar belakang setiap watak dengan menampilkan imej wajib dalam rekaan gambalan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button