Politik

BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri

Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan, susulan kekosongan luar jangka kerusi N43 berkenaan.
Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata. walaupun BN adalah ‘underdog’ di DUN itu namun ia tetap bersedia sekiranya diputuskan akan diadakan PRK di kawasan itu nanti.
Katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tahun lepas membabitkan persaingan dua penjuru antara calon BN Ab Aziz Yusoff dan calon PAS dari parti Bersatu Mohd Azizi Abu Naim, yang menyaksikan Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi.
“Oleh kerana kekalahan kita hanya lebih sedikit 800, kita fikir bahawa kalau ada pun pilihan raya kecil maka pastinya kawasan ini kita adalah underdog, namun kita juga harus hormat, perkara ini telah dibawa ke mahkamah,” katanya dan menambah apa sahaja keputusan mahkamah, ia harus dihormati oleh semua pihak.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian semasa mengulas perkembangan PRK DUN Nenggiri, selepas mengadakan pertemuan khas dengan peserta dan penganjur Mid Season Cup MLBB 2024 – Moonton Games Malaysia di Putrajaya hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button