UEM kini dalam terbitan Fortune Asia Tenggara 500
UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) berbesar hati mengumumkan penyenaraiannya di dalam terbitan julung kali Fortune Asia Tenggara 500, sekaligus menonjolkan pertumbuhan dan sumbangan ketara syarikat di rantau ini. Diiktiraf di kalangan syarikat terbesar di rantau ini berdasarkan hasil, pencapaian ini mencerminkan prestasi pertumbuhan kukuh serta kehadiran serantau kami. Senarai ini menampilkan syarikat terbesar dari tujuh buah negara Asia Tenggara mengikut hasil bagi tahun fiskal 2023 dan mengakui rantau itu sebagai salah satu kawasan yang paling dinamik dan berkembang pesat dalam ekonomi global.
Julat pendapatan minimum untuk disenaraikan adalah AS$460.8 juta. Senarai itu turut menampilkan syarikat dari enam negara Asia Tenggara lain Bersama-sama Malaysia: Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina dan Kemboja. Indonesia mendahului dengan 110 syarikat, diikuti oleh Thailand dengan 107, Malaysia dengan 89 dan Singapura dengan 84. Vietnam merupakan tuan rumah kepada 70 syarikat, manakala Filipina dan Kemboja masing-masing mempunyai 38 dan dua syarikat di dalam senarai tersebut.
Di dalam kategori industri Perkhidmatan Penyumberan Luar Terpelbagai (Diversified Outsourcing Services), UEM Edgenta merupakan salah satu daripada lima syarikat di rantau ini yang berjaya disenaraikan. Di antara 89 syarikat Malaysia, UEM Edgenta menduduki tempat ke-65 berdasarkan hasil, tempat ke-72 dan ke-74 masing-masing berdasarkan aset dan keuntungan. Dengan penyenaraiannya di dalam senarai Fortune Southeast Asia 500, UEM Edgenta kini telah menyertai kumpulan elit organisasi yang diiktiraf di bawah francais Fortune 500, yang merangkumi Fortune 500, Fortune Global 500, Fortune Europe 500 dan Fortune China 500.
“Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada senarai julung kali Fortune Asia Tenggara 500. Pengiktirafan ini merupakan pengesahan penting kedudukan kami sebagai peneraju pengurusan aset serantau dan pemain penyelesaian infrastruktur. Kejayaan pelaksanaan strategi pertumbuhan serantau kami berpaksikan kepada kualiti dan penyampaian perkhidmatan kami yang diiktiraf di peringkat global, dilengkapi dengan pendekatan pelaburan yang berdisiplin melalui strategi pelbagai-rakan kongsi. Pencapaian ini menekankan komitmen kami bagi menyampaikan nilai jangka panjang untuk pemegang saham kami sekaligus mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri,” kata Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta.
Untuk maklumat lanjut tentang UEM Edgenta, layari https://www.uemedgenta.com.
Artikle Berkaitan :>
Worldwide berjaya merangkul anugerah ‘Pembangunan Bandar Sejahtera Terbaik’
Dalam tempoh 3 tahun ekosistem Teknologi Start up berjaya jana nilai RM220 bilion