Applikasi android biologi BioAppHisto6 tingkatkan kemahiran melukis dan melabel pelajar tingkatan 6
Tanjung Malim: Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya membangunkan inovasi pendidikan di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek biologi tingkatan enam apabila mencipta aplikasi android yang berpotensi untuk dimuat turun di applikasi google playstore bagi meningkatkan kemahiran melukis dan melabel.
Projek inovasi HistoGuide Android Application (Virtual Microscopy and Slides) Complementing Microscopic Practicals (BioAppHisto6) yang diketuai oleh Dr. Muhamad Ikhwan Mat Saad bersama seorang pelajar Sarjana Pendidikan Biologi iaitu Cikgu Teoh Zhem Zhong itu berjaya memenangi pingat emas sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2023.
Dr. Muhamad Ikhwan berkata projek itu mendapat perhatian semasa pameran terutamanya pelajar tingkatan enam, diploma, A-Level dan pelajar yang sedang mengikuti kursus perubatan di institusi pendidikan yang lain.
Beliau berkata penyelidikan yang menampilkan elemen pentaksiran alternatif dalam applikasi android itu dilakukan berikutan memperolehi Geran Penyelidikan Universiti (GPU) yang berjumlah RM9476.00.
Katanya, BioAppHisto6 melalui pelbagai proses kesahan dan kebolehpercayaan daripada pihak pakar iaitu pakar teknologi serta pakar pendidikan. Inovasi applikasi android ini juga merupakan kerjasama dengan guru-guru biologi tingkatan enam di seluruh Malaysia.
“Di dalam aplisasi android ini terdapat pelbagai garis panduan pengunaan mikroskop maya dan slide termasuk memenuhi latihan amali menggunakan mikroskop secara betul dan berkesan.
Di samping itu, katanya, ia juga terdapat nota serta soalan-soalan pentaksiran alternatif berkaitan penggunaan mikroskop dan slide teritama soalan yang bercorak melukis dan melabel seperti yang terdapat da dalam pentaksiran Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
“Pembangunan Applikasi android ini memberi satu inovatif di dalam bahan bantu mengajar guru dan bahan bantu belajar murid bagi memenuhi keperluan objektif pembelajaran biologi tingkatan enam seperti melukis dan melabel dalam topik penggunaan mikroskop di dalam makmal.
Aplikasi android secara langsung membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dan secara tidak langsung telah meningkatkan motivasi pelajar.
Keistimewaan Android dibangunkan berdasarkan rekabentuk model Analyze, Design, Develop, Implement, and Evaluate (ADDIE) di samping mempunyai ciri pembelajaran kawalan kendiri.
“Pada pertandingan MTE 2023, inovasi ini mendapat banyak perhatian dari universiti awam dan swasta yang lain kerana keupayaannya membantu kemahiran melukis dan melabel secara saintifik dan diharapkan menjadi satu pembaharuan dalam pendidikan di Malaysia, “ katanya.
Implikasi inovasi ini menunjukkan pembangunan BioAppHisto6 bercirikan aplikasi maya dan pembelajaran aturan kendiri mampu menggalakkan pembelajaran biologi Gen Z selari dengan perubahan semasa, bahkan dapat diadaptasi ke mata pelajaran yang lain supaya membantu pencapaian objektiftif pembelajaran yang ditetapkan.