pilihanPolitik

Kerusi DUN Nenggiri milik Bersatu diisytihar kosong

KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri milik Bersatu diisytihar sebagai kosong oleh DUN Kelantan hari ini.

Memetik Utusan Malaysia, kerusi yang diwakili Azizi Abu Naim itu dikosongkan ekoran beliau bertindak memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diumumkan oleh Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada sidang media di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Azizi, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, mengisytiharkan sokongannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau juga berkata beliau akan terus menyokong kerajaan Kelantan pimpinan Pas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button