pilihanSukan

Pemain boling negara, Sin Ji Jane cipta sejarah di AS

Pemain boling negara, Sin Li Jane mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis, pada Selasa.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang untuk merangkul kejuaraan selepas menewaskan Diana Zavjalova dari Latvia 226-214 dalam perlawanan akhir peringkat stepladder.

Li Jane juga menjadi orang Asia kedua yang memenangi kejohanan itu selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada tahun 1982.

Kejohanan itu diperkenalkan pada 1949. Pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini adalah menerusi Shalin Zulkifli, yang menduduki tempat ketiga pada edisi 2008.

Li Jane membawa pulang hadiah wang tunai AS$60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket dan trofi kejuaraan hijau. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button