Luar Negara
Lima pengganas terbunuh di Pakistan
Lima pengganas terbunuh dalam operasi oleh pasukan keselamatan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan pada Ahad, kata satu kenyataan tentera.
Pasukan keselamatan melancarkan operasi di daerah suku Khyber di wilayah itu atas laporan kehadiran pengganas, kata Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), sayap media tentera Pakistan, dalam kenyataan itu.
“Semasa menjalankan operasi itu, tentera telah menyerang lokasi pengganas dengan berkesan, membunuh lima pengganas,” tambah kenyataan itu.
Senjata, peluru dan bahan letupan turut ditemui daripada pengganas yang terbunuh, kata ISPR. – Xinhua