Hiburan

Shiha Zikir pelik kedai buka tetapi rakan datang sudah 3 hari tutup

PENYANYI Shiha Zikir, 36, akui berdepan gangguan mistik dan mendedahkan kerap bermimpi dibelit ular berwarna hitam sejak pembukaan cawangan pertama restoran Nasi Ayamnya di Kampung Baru pada tahun 2023.

Selain itu dia juga selalu menerima panggilan dari rakan-rakannya mendakwa kedainya seperti tidak lagi beroperasi ketika mahu makan di restoranya.

‘’Saya dapat panggilan dari rakan, mereka datang tapi kedai tutup sedangkan kami hari-hari buka, so Shiha rasa sedih benda ini sepatutnya bersaing secara sihat kerana rezeki masing-masing.

‘’Saya pun terdiam bila kenalan beritahu mereka sudah berhenti depan kedai tapi ia tutup’’. Katanya.

Jelas penyanyi yang popular menerusi lagu kalam itu, dia juga sudah berjumpa dengan ustaz minta doa pelindung dari menerima gangguan mistik.

‘’Apapun, saya hanya berdoa banyak-banyak semoga Allah SWT permudahkan semuanya.

Mengulas insiden restoran nasi ayamnya di kampung baru dipecah masuk tahun lalu, itu merupakan pengalaman dan dugaan pertama buat dirinya.

‘’Kes dirompak mencecah RM20,00 namun apabila bila dapat tahu kejadian tersebut saya belajar untuk kendalikan ke situ, alhamdulillah kes sudah selesai pencuri pun sudah ditangkap.

Walau banyak dugaan yang melanda terhadap penyanyi itu namun Shiha tidak putus harapan kini dia berjaya membuka cawangan terbarunya di Seksyen 7 Shah Alam.

Malahan dalam peracagan akan datang Shiha bakal membuka cawangan ketiga di Permaisuri Cheras.
Nasi Ayam Shiha Zikir menyajikan menu makanan berasaskan masakan ayam khusus penggemar di Malaysia, lokasi yang strategik berdekatan dengan pelajar UITM.

Artikle Berkaitan :>

ChezKamya Professional, perkongsian pintar Erna dan Chez Hamdan

Sempena pembukaan ini pelbagai diskaun boleh nikmati untuk merasai kelazatan Nasi Ayam itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button