Sukan

Faisal Halim rela bergaji RM50 sehari asalkan keluarga selamat

PEMAIN sayap sensasi negara Faisal Halim berkata, beliau rela hilang pendapatan puluhan ribu yang dimiliki sekaerang daripada hidup dalam ketakutan dan asalkan ahli keluarganya berada dalam keadaan selamat.

Beliau yang juga tonggak Selangor FC, Faisal Halim berkata, sanggup pulang ke kampung dan menjalani kehidupan yang tenang.

Katanya, dia tidak kisah walaupun bergaji RM50 sehari asalkan keluarganya selamat.

“Saya beritahu isteri saya, keluarga saya termasuk abang saya, saya tidak kisah hilang gaji RM50,000 dan nak balik kampung.
“Saya hanya mahu hidup tenang, saya boleh ambil gaji RM50 sehari janji keluarga saya selamat saya tak nak hidup dalam ketakutan.
“Apa yang berlaku ini di luar jangkaan, saya tak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan,” katanya sidang media bersama pengurusan Selangor FC di Shah Alam hari ini.
Menurut anak jati kelahiran Kampung Mengkuang Titi, Seberang Perai itu, keutamaannya ketika ini adalah keselamatan terutama anaknya memandangkan hubungan mereka yang sangat rapat.
“Bukan perkara mudah kasih sayang seorang ayah, bila balik saya masuk tak dapat peluk sayang anak saya. Sehinggalah baru-baru ini dalam empat lima hari ke belakang ini dapat peluk anak saya lagi.
“Saya belum dapat tidur dengan dia lagi. Anak saya semangat, kekuatan saya. Apa jadi saya terima dengan reda dan hati yang terbuka.
“Saya harap saya dapat kembali memberikan hadiah untuk anak saya,” katanya.
Beliau juga tidak tahu sama ada mampu untuk kembali bermain bola sepak selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.
Faisal juga mengharapkan semua pihak mendoakannya untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kembali bermain semula. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button