Nasionalpilihan

Datuk dan nenek Zayn Rayyan pula ditahan polis untuk bantu siasatan

SELEPAS ibu dan bapa, kini datuk serta nenek kepada kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini bagi membantu siasatan kes bunuh mangsa.
Kedua-dua mereka ditahan di sebuah lokasi berdekatan Subang Bestari, Shah Alam di Selangor.
Mereka ditahan oleh anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Selangor, sekitar jam 2.30 petang.
Memetik Astro Awani, pengesahan dibuat Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang.
Menurut Hussein. penahanan mereka dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan,
Kedua-dua mereka akan direman esok di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Sebelum ini ibu bapa Zayn Rayyan direman selama 13 hari bagi membantu siasatan kes bunuh anak terbabit yang mana nasib mereka akan diketahui esok, sama ada didakwa atau dibebaskan.
Menurut peguam bapanya, Fahmi Abdul Moin, esok adalah hari terakhir ibu bapa Zayn Rayyan direman.
Katanya, beliau percaya esok akan ada keputusan dan kertas siasatan sudah sampai ke pihak Jabatan Peguam Negara (AGC). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button