Pendidikan

UniMAP bakal menjadi hub kolaborasi TVET

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan terus berusaha untuk menjadi Hub Kolaborasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dioptimumkan dengan merangka inisiatif strategik yang boleh dimanfaatkan oleh warga Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia atau Malaysian Technical University Network (MTUN) secara kolektif.

Kolaborasi penting seperti program mobiliti pelajar dan fakulti, kerjasama industri dan penyelidikan perlu dilaksanakan dengan lebih padu lagi di bawah jenama MTUN bagi meningkatkan impak program TVET di MTUN itu sendiri.

Peranan MTUN dalam membina keupayaan pelajar melalui penguasaan pengetahuan dan kemahiran terkini itu sendiri tidak boleh dipisahkan dengan matlamat pembangunan mampan.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Canselor UniMAP selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Padang Siding, Arau baru-baru ini.

Baginda yang merupakan Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut diiringi oleh ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri dan juga Persekutuan bagi sama-sama menyantuni asnaf yang memerlukan dan menyelami sendiri masalah rakyat yang kurang bernasib baik ini.

Kayuhan amal pada edisi kali ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan delegasi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Se-Malaysia (JAHEIS) yang merupakan kepimpinan IPTA dan IPTS yang telah menghadiri seminar dan program di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada sebelah paginya.

Tuanku Pemangku Raja Perlis turut berkenan untuk menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Syed Bakar Syed Ali, 79 tahun dan Abdul Wahab Jaafar, 37 tahun dari Kampung Padang Siding serta Azizah Mustafa, 69 tahun dari Kampung Guring.

Setiap daripada mereka menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli dan dua kampit beras fidyah yang merupakan salah satu usaha bagi meringankan beban asnaf-asnaf ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button