Teknologi
Malaysia antara pengguna tertinggi guna bayar melalui telifon ‘QR’
ZAMAN sudah berubah jika dahulu, pembelian barang mengunakan tunai kini memasuki era baharu, pembelian barang hanya atas talian menggunakan telifon bimbit.
Menurut laporan Astro Awani, Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
Ini adalah kadar penggunaan tertinggi di seluruh dunia, menurut Adyen Index 2024, tinjauan berasaskan laporan runcit daripada lebih 38,000 pembeli serta 13,000 peniaga di 26 pasaran termasuk lebih 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di Malaysia, yang dijalankan mulai 15 Jan hingga 1 Feb 2024.