Sukan

Tanpa Faisal Halim Selangor masih berbisa

BIARPUN tanpa pemain sayap Faisal Halim yang cedera akibat disimbah asid, Selangor FC masih berbisa untuk membenamkan Kedah FC 1-0.

Perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Petaling Jaya itu gamat dengan tepukan gemuruh penyokong Red Giant terutama sebagai tanda sokongan kepada Faisal.

Walaupun kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang sedikit hambar namun, jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau cukup untuk memberikan tiga mata kepada Selangor FC bagi memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang.

Hasrat Kedah FG untuk mengutip tiga mata bagi menggantikan tiga mata yang ditolak pada perlawanan yang mereka menang sebelum ini tidak kesampaian.

Kedah FC cuba bangkit melalui kaptennya, Sony Norde, namun dia dikawal ketat pemain tengah Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar dari kiri padang, sebelum pemain Selangor FC Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh, turut mencuri peluang dalam keadaan kucar kacir di hadapan gawang minit ke-11, namun dinafikan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.
Pada minit ke-38, Kedah memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tatapi sepakan penjuru Sony gagal dimanfaatkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button