Nasionalpilihan

Mahkamah tolak tuntutan saman Halim Saad terhadap Dr. Mahathir

BEKAS Pengerusi Eksekutif Renong Bhd., Tan Sri Halim Saad gagal dalam tuntutannya terhada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dua lagi berhubung pengambilalihan saham United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang didakwa berlaku secara paksa, 23 tahun lalu.

Ini ekoran Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Dr. Mahathir, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Halim selepas mendapati saman oleh ahli perniagaan itu difailkan melebihi tempoh masa yang dibenarkan.

Dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Nor Mohamed dalam permohonan membatalkan saman yang difailkan pada 16 November 2023, saman dikemukakan oleh Halim adalah sesuatu yang menyusahkan, remeh dan merupakan salah guna proses mahkamah.

Tindakan saman itu adalah terhalang (estopped) kerana saman serupa diputuskan oleh Mahkamah pada 2013.

Halim pada 2 Ogos lalu menyaman Dr. Mahathir, Nor Mohamed dan Kerajaan Malaysia  bagi menuntut pampasan berhubung kerugian yang dialaminya selepas menjual pegangan saham dalam syarikat itu secara paksa.

Dalam pernyataan tuntutannya, Halim mendakwa, beliau diarah oleh Dr. Mahathir dan Nor Mohamed supaya tidak meneruskan pemerolehan 32.69 peratus saham Renong daripada United Engineers Malaysia Bhd (UEM) sebaliknya dikehendaki menyokong inisiatif kerajaan melalui Khazanah Nasional Bhd. untuk mengambil alih UEM secara tawaran am. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button