Nasionalpilihan

Pokok tumbang di lima lokasi di Kuala Lumpur

SELEPAS kejadian pokok tumbang meragut satu nyawa di Jalan Sultan Ismail minggu lalu, hari ini kejadian itu berlaku di lima lokasi di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kejadian pada hari ini tidak membabitkan kehilangan nyawa.

Namun, lapan buah kenderaan, termasuk lima buah kereta dan tiga motorsikal dilaporkan rosak dihempap pokok tumbang di hadapan Menara British di Jalan Pinang, di ibu negara.

Di sekitar Jalan Rahmah, Taman Gembira di Jalan Kuchai Lama, JBPM melaporkan tiada mangsa yang terlibat ekoran pokok tumbang di kawasan berkenaan.
Sebuah kediaman di kawasan yang sama turut dilaporkan terjejas apabila pokok tumbang dan menghempap bumbung sebuah kediaman di situ. Insiden ini tidak melibatkan mangsa.
Fakulti Perubatan dan bangunan Peperiksaan Universiti Malaya turut terjejas apabila sebuah kereta dipercayai dihempap ekoran hujan lebat di kawasan itu. Insiden ini tidak melibatkan kecederaan.
Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ujar kenyataan itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button