Nasionalpilihan

Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL

YANG di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di sebuah hospital, di sini, susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan.

Menurut kenyataan pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu dan pulang lebih awal daripada jadualnya.

“Senator mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia dan Azerbaijan yang membantu urusan rawatan beliau di negara itu dan urusan pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas ingatan serta doa untuk kesembuhannya dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada beliau dan keluarga sepanjang tempoh rawatan ini,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Mutang mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button