AgamaNegeriRencah Hidup

Wujudnya iman, tauhid jadikan diri berintegriti, berjaya- Raja Muda

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah di salah satu lokasi bagi menyantuni asnaf bersama dengan pasukan yang diketuainya pada program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kangar.

DENGAN wujudnya iman, tauhid dan takwa terhadap Allah SWT dalam diri seseorang itu, maka ia sudah pasti akan memberi impak yang maksima kepada mereka untuk menjadikan dirinya benar-benar berintegriti dan berjaya.

Hal ini jelas terbukti pada zaman Baginda Rasulullah SAW dan generasi sahabat yang ditarbiyah dengan kekuatan hati yang beriman dan bertauhid.

Mereka bukan sahaja menjadi sebaik-baik Ummah, bahkan memimpin tamadun kemanusiaan mengikut acuan syariat Islamiyah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah di salah satu lokasi bagi menyantuni asnaf bersama dengan pasukan yang diketuainya pada program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kangar.

“Sama-samalah kita berusaha menjadi umat yang terbaik dan dicintai oleh Allah SWT. InsyaAllah,” titah Raja Muda Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ di sekitar pinggir Kangar yang disertai oleh ketua-ketua agensi negeri dan juga Persekutuan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan keluarga asnaf yang disantuni Baginda pada program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan untuk singgah bagi menyantuni dan menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada keluarga asnaf yang terpilh pada kali ini.

Zamzuri Othman, 55 dari Kampung Titi Tok Bandar, Mashasa Ahmad Junis, 54 tdan Yusof Hamid, 61 tahun dari Kampung Utan Ibus telah menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button