Belang Bertempat

Isu sejarah: Putra sokong Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

PARTI Putra tegas dan teguh bersama Prof Datuk Dr Teo Kok Seong dalam menyatakan kebenaran sejarah, kata Ketua Penerangan parti, Shahrulufti Sharif.

Beliau berkata, Putra menegaskan sokongan mereka tidak berbelah bagi terhadap Prof Datuk Dr Teo kerana beliau berhak menyuarakan pandangan berdasarkan kajian akademik yang mendalam dan fakta yang sahih.

“Inilah seorang tokoh akedemik bukan bumiputra yg berintegriti , berani dan berpijak di bumi nyata serta menerima kebenaran sejarah.

“Kenyataan beliau tidak ada kena mengena dengan rasis apabila beliau mengatakan sekolah vernikular punca perpecahan kaum dan tidak membantu ke arah integrasi nasional,” kata Shahrulufti dalam kenyataannnya .

Beliau menyifatkan, inilah yang dikatakan benar walau pun pahit.

Katanya lagi, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong telah menunjukan tauladan berdiri teguh bersama Prinsip Asas Perlembagaan Negara Fasal 151, 152 dan 153 serta yg berkaitan termasuk Prinsip Rukun Negara.

“Tengoklah Republik Indonesia, Thailand dan Singapura yang juga sebuah negara republik sebagai contuh menegakan Satu Bahasa Satu Negara demi Perpaduan Nasional.

“Justeru Putra menolak sebarang usaha untuk menutup mulut mereka yang berani berbicara demi memperkukuhkan kesatuan nasional melalui perbincangan terbuka dan Pendidikan,” ujar Shahrulufti dalam kenyataan yang sama.

Beliau menambah, tindakan menggambarkan kenyataan yang berlandaskan kebenaran ilmiah sebagai hasutan adalah serangan langsung terhadap kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang dilindungi oleh Perlembagaan .

Sehubungan itu, dalam kenyataannya, Shahrulufti  berkata, Putra mendesak semua pihak khususnya pemimpin politik agar berani dan tegas dalam mempertahankan nilai-nilai asas Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berperlembagaan dan tidak menjadi anti nasional seperti beberapa kerat politikus yang tidak sedar dengan pepatah Melayu yang berbunyi, “di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung”.

“Putra tidak akan gentar menghadapi tekanan atau ancaman yang bertujuan untuk menghalang Putra daripada menyatakan kebenaran.

“Putra berdiri bersama-sama dengan Prof Teo, Prof Ridhuan Tee dan Firdaus Wong Wai Hung dalam mempertahankan prinsip yang Putra percayai,” jelas Shahrulufti.

Beliau juga berkata, Putra akan terus berjuang untuk Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni di mana setiap suara dihargai dan setiap pandangan dihormati. – SM

BACA Isu beras tempatan masih berlarutan: Putra tampil dengan tiga resolusi

BACA Kongres Ekonomi Bumiputera: Satu penantian apa buat PUTRA?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button