Politik

Parlimen Gombak Raikan Cap Goh Mei wujudkan perpaduan antara sesama kaum

PADA Sabtu lalu, 24 Februari Pusat Khidmat Parlimen Gombak telah mengadakan rumah terbuka sempena sambutan tahun baharu Cina di Melawati Convention Centre, Pusat Konvensyen.

Objektif penganjuran rumah terbuka itu bukan sahaja bagi meraikan masyarakat Tiong Hua dalam Parlimen Gombak malah mengeratkan hubungan dan keharmonian antara masyarakat.

Datuk Seri Amirudin Shari dalam sambutan Cap Goh Mei

Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari itu berlangsung meriah dengan dihadiri masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur.

Menurut ucapan, Amirudin, pentadbirannya akan terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri itu.

“Sebagai pemimpin bertanggungjawab memimpin negeri paling maju dan menjadi punca kepada kegiatan ekonomi negara, saya janji untuk mengekalkan keharmonian ini yang amat penting dalam sesebuah negara.

“Keharmonian ini juga demi memastikan rakyat hidup selesa, hormat-menghormati dan saling memahami meski ada perbezaan tetapi ia bukan alasan punca perbalahan kaum yang mungkin boleh menyebabkan hancurnya negara yang sudah merdeka bertahun-tahun,” katanya ketika berucap.

Dalam majlis sama, Amirudin turut berkongsi kejayaan negeri itu yang merekodkan antara tiga negeri terbaik daripada pelaksanaan projek pembangunan.

“Menerusi Rancangan Malaysia ke-12, Selangor berjaya mencatat kesempurnaan pelaksanaan projek 99.6 peratus dan kita merupakan antara tiga negeri terbaik.

“Saya percaya ini merupakan tanda positif untuk negeri dan negara kita kembali pulih,” ujarnya.

Selain jamuan makan malam, turut diadakan persembahan tarian singa dan naga, persembahan nyanyian oleh penyanyi jemputan, orkestra Cina dari Persatuan Murid-murid Tua Sekolah San Yuk, Rawang selain persembahan tarian kipas panjang dari MPOWERIN.

Amiruddin turut menyampaikan angpau Tahun Baru Cina kepada kanak-kanak yang hadir pada program tersebut.

Pada majlis rumah terbuka itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin antaranya Penyelaras DUN Hulu Kelang, Juwariya Zulkifl; Orang Besar Daerah Gombak, YAD. Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. Wan Mahmood bin Pa’wan The; Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dr Ani Ahmad dan ramai lagi.

Artikle Berkaitan :>

Amirudin Shari dilantik Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua

BHPetrol rai pelanggan Program Sambutan Tahun Baru Cina dan Balik Kampung dengan Selamat

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button