Hiburan

Penyanyi dangdut Indonesia akur tidak terlalu seksi dan bergoyang di konsert Milenia

KONSERT Milenia 2024 akhirnya berjaya dilaksanakan meskipun sudah 4 tahun ditunda oleh pihak penganjur di atas sebab-sebab tertentu.

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob, konsert yang berlangsung selama tiga jam itu dia berpuas hati dengan kehadiran jumlah penonton yang hadir seramai 1’000.

Dari kiri, Penyanyi Baby Shima, Hesty Aryatura, penganjur Jeffri Yaacob, Thomas Arya, Rheyna Morena, Ani Mayuni dan Amalina

Apa yang diharapakan dalam konsert ini, dapat diterima baik oleh orang ramai, malahan penyanyi dangdut dari Indonesia juga akur mengikut permintaan dari pihak Puspal tidak terlalu seksi dan goyang semasa konsert diadakan.

Menampilkan tiga orang artis dari Indonesia iaitu Rheyna Morena, Hesty Aryatura dan Thomas Arya. Manakala, dari Malaysia pula terdiri daripada Amelina, Mas IdayuAni Maiyuni dan Baby Shima.

Suasana di Zepp turut di hangatkan dengan gandingan dua hos yang cukup berbakat dan lawak iaitu Angah dan Along Cham. Penonton yang bertuah juga turut menerima hadiah t-shirt dan wang ringgit daripada pihak penganjur.

Dalam pada itu, peminat juga teruja untuk mengadakan sekali lagi Konsert Milenia 2.0 kerana melihat konsep irama muzik dangdut ini menaikkan semula sekali gus menepis tomahan segelintir pihak sebelum ini yang memadang rendah.

”Kita memperjuangkan irama Muzik dan artis-artis dangdut ternyata mereka sangat profesional menjaga adab dalam perembahan mereka”. Jelas Jefri.

Artikle Berkaitan :>

Jabatan agama siasat video seksi ‘Arabian Dangdut Night’

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button