JenayahNasional

Lebih setengah juta lesap angkara pelaburan saham tak wujud

SEORANG juruteknik kerugian RM554,000 akibat terpedaya pelaburan saham tidak wujud di media sosial.

Ketua Polis Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, wanita 54 tahun itu terpengaruh dengan iklan pelaburan di Facebook yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat pada Oktober lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya menekan pautan diberikan sindiket dan mula berurusan dengan seorang wanita warga China menerusi aplikasi WhatsApp untuk menyertai pelaburan saham itu.

“Suspek meminta mangsa memuat turun satu aplikasi melalui pautan diberikan. Pada masa sama, mangsa turut memberikan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan akaun bagi tujuan pendaftaran.

Katanya, mangsa kemudiannya menekan pautan diberikan sindiket dan mula berurusan dengan seorang wanita warga China menerusi aplikasi WhatsApp untuk menyertai pelaburan saham itu.

“Suspek meminta mangsa memuat turun satu aplikasi melalui pautan diberikan. Pada masa sama, mangsa turut memberikan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan akaun bagi tujuan pendaftaran,” katanya.

Ismail berkata, mangsa mula berasa tertipu lalu membuat laporan di Balai Polis Parit Raja dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- SM

BACA Tipu pelaburan lebih RM85 juta, bekas perunding syarikat kewangan didakwa

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button