NegeriRencah Hidup

Peranan ibu bapa penting dalam pendidikan anak-anak – Raja Muda

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan anak-anak yang merupakan salah satu elemen utama bagi meningkatkan kualiti diri dan mutu kehidupan sesebuah keluarga.

Baginda bertitah, kelahiran seorang insan di dunia disambut oleh tangan ibu bapa yang mempunyai jiwa yang besar, sentiasa berjuang dalam mengharungi dugaan hidup serta pelbagai rintangan untuk membesarkan, mendidik dan mencorakkan hidup anak-anak yang dikasihi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan Majlis Penutupan Hari Keluarga Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM) di Dewan Warisan, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, dalam usaha mendidik anak-anak, semua pihak perlu teguh bersama dan memberi kerjasama yang baik agar pendidikan anak-anak inii diberi perhatian yang sewajarnya.

“Menjadi pemangkin sesuatu perubahan merupakan cabaran besar, tapi jika semua orang bergerak berkumpulan, besarlah impak tindakan kita kepada sesuatu perkara,” titah Baginda lagi.

Raja Muda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Penutupan Hari Keluarga Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM) di Dewan Warisan, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berangkat ke Majlis Penutupan Hari Keluarga Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM) di Dewan Warisan, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah disambut oleh Pengerusi Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE), Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Program PPITM ini telah dianjurkan oleh Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Ia melibatkan 43 guru dan 43 murid dari kalangan keluarga asnaf dan 94 sukarelawan dari UniMAP bagi menjayakan program ini.

Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin dalam ucapan aluannya berkata, program PPITM bersama Rakan dan Guru PPITM menggenggam amanah yang besar untuk mencorak watak dan personaliti anak-anak asnaf agar lebih berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat keluar daripada lingkungan penerima zakat kepada pemberi zakat pada masa hadapan.

“Pendidikan mesti diberi keutamaan dan saya amat berharap ibu bapa di sini terus menyokong anak-anak untuk belajar kerana pendidikan ialah hak mereka untuk membina nilai diri,” tambah beliau lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah ketika melancarkan Majlis Penutupan Hari Keluarga Program Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM) di Dewan Warisan, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian dengan penyerahan RPPITM kepada keluarga yang terpilih sambil disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini dan berharap agar tahap pendidikan dan kualiti anak-anak pelajar di negeri Perlis akan terus meningkat dari masa ke semasa. – SM

BACA Pendidikan penting lahirkan insan dinamik – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button