Hiburan

Pengarah filem ini berani mengarah bahasa kantonis ke layar Perak

Mahu sesuatu berlainan, pengarah filem Tunku Mona Riza mahu mencabar dirinya dalam menghasilkan filem Bahasa Kantonis yang bertajuk ‘Rain Town’.

Menurutnya, ini merupakan hasil karya berbeza dari sebelum ini yang pernah diarahkan malah dia juga masih sayangkan Bahasa Melayu.

Saya masih sayangkan bahasa Melayu, tapi kadang-kadang kita perlu hasilkan sesuatu yang berbeza daripada apa yang sering dilihat.

Pengarah filem ini berani mengarah bahasa kantonis ke layar Perak

“Ini kerana saya bukan cuma berkarya dengan bahasa berbeza tapi menjalani keseluruhan proses yang menarik dari perspektif berlainan melalui interaksi dan pembelajaran.

“Saya juga suka cabaran baru, bukannya nak melupakan bahasa Melayu tapi keputusan itu baik untuk pembangunan industri perfileman kita,” katanya.

Tambahnya lagi, skrip Rain Town dihasilkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris untuk mendapatkan keseluruhan cerita sebelum diterjemahkan dalam bahasa Kantonis, skrip juga diubahsuai mengikut kesesuaian.

“Mujur pelakon saya semua berdisiplin mereka ikut skrip yang disediakan, cabaran sebenar bermula selepas hari ketiga penggambaran hingga seterusnya.

“Di sinilah saya dapat lihat sejauh mana saya boleh cabar diri sendiri sebagai pencerita dan pengarah,” katanya pada sidang media selepas pelancaran trailer Rain Town di Dadi cinema, Pavilion.

Rain Town berkisahkan Choo seorang bapa yang juga ketua keluarga terus mencampuri urusan tiga anaknya yang sudah dewasa iaitu Isaac, Alex dan Ruby, hingga mengabaikan cita-cita dan kebahagiaan mereka.

Bakal ditayangkan pada 8 Februari 2024

Apabila isteri Choo, Aileen ditimpa kemalangan, hubungan keluarga itu semakin renggang hingga membawa mereka kepada konflik yang menyayat hati.

Filem itu dijayakan barisan pelakon hebat seperti Chew Kin Wah, Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee, Pauline Tan.

Naskhah itu dijangka menemui khalayak di pawagam seluruh negara bermula 8 Feb tahun depan, sempena Tahun Baru Cina.

Artikle Berkaitan :>

Duit bikin filem Suhaimi Baba disonglap!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button