Kesihatan

Benarkah Bariatrik bukan jawapan tepat untuk kurus, Dokter ini jelaskan

Pembedahan Bariatrik atau lebih dikenali pembedahan kecilkan potong usus kini semakin popular di kalangan selebriti untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Manfaat pembedahan ini bukan sahaja untuk kelihatan kurus tetapi menjaga kesihatan bagi orang yang menghadapi metabolik seperti darah tinggi, kolesterol tinggi dan paling utama, kencing manis.

Tetapi ada juga yang sudah lakukan pembedahan ini, berat badan naik sama seperti sebelum melakukan pembedahan, agaknya apakah punca dari masalah ini?.

Pakar Bedah GI dan Bariatrik, Dr Mustafa Taher berkongsi tentang punca-punca terhadap seseorang yang masih mengalami berat badan berlebihan meskipun sudah melakukan pembahan tersebut.

Pakar bedah Dr Mustafa Taher

Menurutnya, antara faktor menyebabkan ini berlaku kerana terdapat doktor yang melakukan prosedur pembedahan tidak betul betul dan pesakit sendiri tidak menjaga makanan.

‘’Antara puncanya, cara potong usus tidak betul, sekarang ini banyak doktor yang lakukan benda ini tetapi mereka bukan profesional ia seperti trend apabila banyak permintaan.

‘’Bagi untuk pesakit pula, mengikut cara life style mereka yang tidak sihat seperti mengamalkan pemakanan tidak seimbang dan tidak melakukan senaman, kerana itu selepas pembedahan saya akan awasi pesakit saya selepas selama 1 tahun, sepanjang 1 tahun akan ada kerap apoiment, selepas 2 tahun ke atas cukup 6 bulan sekali berjumpa doktor contohnya saya lakukan pada Aisyah (Penyanyi Datuk Aisyah).

Ditanya pada Dr Mustafa, pandangan tentang Biatrik adalah untuk kecantikan serta jalan pintas untuk kurus.

‘’Semua pesakit bila datang untuk kesihatan tapi kita tahu dia sebab nak kurus, tapi kita tetap kira berat dan tinggi berapa bersesuaian dengan BMI, jika pesakit obisiti kelas 1 ke atas memang dia layak untuk lakukan pembedahan tetapi jika pesakit suka hati nak buat, kita tidak lakukan.’’ Jelasnya dalam sidang media kempen ‘Lose to Win’ di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (‘’Su.Re Sihat KL’’) bersama selebriti tanah air Datin Alyah dan Datuk Wan Aisyah Arifin melancarkan satu kempen ‘Lose To Win untuk memerangi obesity di Malaysia.

Penyanyi, Datuk Wan Aisyah dan Datin Alyah turut bersama melancarkan kempen Lose To Win

Objektif kempen ini bagi mengumpul dana untuk membantu golongan B40 dan asnaf yang menghidapi obesiti atas faktor kekurangan makanan berkhasiat, genetik dan kualiti hidup yang rendah.

20 individu akan dipilih dan menikmati program pengurusan obesiti ini secara ‘Percuma’ termaksudlah prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan oleh Dr Mustafa Taher dari Pusat Perubatan Gastro Usus dan Hati (‘’CENGILD’’).

Artikle Berkaitan :>

Rupanya ramai selebriti lakukan pembedahan Bariatrik bersama dokter ini

 Pembedahan bariatrik perkara biasa, Lufya Omar lakukannya

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button