NasionalNegeriPendidikan

9 pegawai, pelajar UQ Brisbane teruja iringi kayuhan diketuai Raja Muda

SEMBILAN pegawai dan pelajar The University of Queensland (UQ) Brisbane, Australia teruja apabila berpeluang mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada
program kayuhan berbasikal amal MAIPs Peduli, baru-baru ini.

Pegawai dan pelajar UQ Brisbane, Australia mendengar sesi soal jawab secara santai mengenai Islam bersama Mohd Asri pada satu singgahan kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kubang Gajah, Arau.

Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kali ini meliputi kawasan sekitar Kubang Gajah Arau sejauh 12 kilometer.

Para pegawai dan pelajar dari The University of Queensland berada di Perlis sempena program mobiliti bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Salah seorangnya pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal UQ, Christian Barton Laird ketika ditemui berkata, beliau amat berbesar hati kerana berpeluang menyertai sesi kayuhan yang diketuai sendiri oleh Raja Muda bersama peserta lain.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan mengurniakan wang tunai, Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah kepada salah seorang asnaf sempena kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kubang Gajah, Arau.

“Baginda sangat mesra terhadap tetamu dan begitu prihatin untuk membantu golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Pelajar ini mengakui sangat kagum dengan keindahan alam semulajadi yang dilihatnya di sepanjang laluan semasa kayuhan ini.

Pensyarah UQ, Kazuhiro Nogita berkata, pengalaman dan peluang yang telah diberikan kepada para pegawai dan pelajar dari UQ ini sangat menarik dan menyeronokkan.

Beliau sangat teruja kerana dapat menyertai aktiviti yang penuh dengan pengisian apatah lagi dapat berkayuh di samping Raja Muda Perlis.

Para peserta turut berpeluang untuk mengadakan sesi soal jawab secara santai mengenai Islam dengan Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di salah satu hentian.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama pegawai dan pelajar UQ Brisbane, Australia semasa singgah ke sebuah rumah asnaf pada program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kubang Gajah, Arau.

Baginda turut berkenan untuk singgah dan menyantuni tiga rumah asnaf terpilih dengan menyerahkan bantuan wang tunai RM700 bersama ‘Kits MAIPs Peduli’ serta beras Fidyah kepada setiap keluarga yang dikunjungi.

Penerimanya terdiri dari Fatimah Noh, 69, Itam Abdullah, 87 dan Saadiah Hashim, 59. – SM

BACA Guru berperanan tingkat motivasi pelajar – Raja Muda Perlis

BACA Pendidikan penting lahirkan insan dinamik – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button