Samaiden mulakan inisiatif CSR projek solar Sekolah Tinggi Tsun Jin
PETALING JAYA 24 Nov. – Samaiden Group Berhad (“Samaiden” atau “Kumpulan”), pakar tenaga boleh diperbaharui (“RE”) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) fotovoltaik solar ( Sistem “PV”) dan loji janakuasa, melakukan pecah tanah utk projek CSR solar di Sekolah Tinggi Tsun Jin.
Inisiatif ini, sebahagian daripada komitmen berterusan Samaiden terhadap tanggungjawab sosial dan penjagaan alam sekitar, melibatkan pemasangan sistem fotovoltaik solar (PV) dengan kapasiti 637.65kWp.
Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden Ir Chow Pui Hee berkata, pihqknya amat berbangga untuk melancarkan projek solar ini di Sekolah Tinggi Tsun Jin.
“Inisiatif ini sejajar dengan misi kami untuk mempromosikan tenaga boleh diperbaharui dan visi kami untuk memperkasakan komuniti. Dengan mengurangkan pelepasan karbon dan kos tenaga, kami menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan, sambil turut membantu sektor pendidikan dalam perjalanannya ke arah amalan yang lebih hijau,” katanya di sini hari ini.
Projek solar di Sekolah Tinggi Tsun Jin adalah bukti pendekatan inovatif Samaiden dalam memanfaatkan tenaga solar untuk kebaikan sosial. Ia menyerlahkan potensi penyelesaian tenaga boleh diperbaharui dalam mengubah landskap pendidikan dan menetapkan penanda aras untuk inisiatif serupa pada masa hadapan.
Mengulas lanjut Pui Hee berkata, pemasangan solar di Sekolah Tinggi Tsun Jin ditetapkan untuk memberi kesan alam sekitar dan ekonomi yang mendalam.
Menerusi pemasangan solar itu, dianggarkan dapat mengelakkan kira-kira 453 tan pelepasan CO2e setahun, memainkan peranan penting dalam memerangi perubahan iklim.
Selain itu, sekolah akan mendapat manfaat daripada penjimatan kos yang besar, dengan pengurangan lebih daripada 40 peratus dalam perbelanjaan tenaga bulanannya.
Inisiatif ini bukan sahaja menekankan dedikasi Samaiden terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga mencerminkan komitmen Kumpulan untuk menyokong institusi pendidikan melalui amalan mampan.
Pui Hee menambah, Samaiden kekal komited untuk memacu kemampanan alam sekitar dan tanggungjawab sosial merentasi pelbagai sektor, dengan projek solar ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha CSR Kumpulan. – SM
BACA Samaiden terima CGPP terbaharu daripada Suruhanjaya Tenaga