NasionalNegeriPendidikan

Kecemerlangan mahasiswa UniMAP perlu ditujang tujuh teras utama

KECEMERLANGAN mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) seharusnya ditunjangi oleh Tujuh Teras Utama Kemenjadian Mahasiswa.

Tujuh teras itu termasuklah ‘Kampus Mesra Mahasiswa Yang Kondusif dan Lestari Bagi Kesejahteraan Mahasiswa’, ‘Pemerkasaan Mahasiswa, Pembangunan Mahasiswa dan Jaringan Antarabangsa serta Industri’, dan ‘Keterjaminan Kebajikan Mahasiswa’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan diarak keluar selepas selesai mengurniakan ijazah dan diploma kepada graduan sempena Sidang Ke-7 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Teras seterusnya termasuklah ‘Pemantapan Ekosistem Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan Dengan Gaji Setimpal’, ‘Kecemerlangan Bakat Melalui Akademik, Kepimpinan, Inovasi, Sukan, Kebudayaan, Kokurikulum dan 7 Pillars’, ‘Memasyarakatkan Mahasiswa dan Warga Hal Ehwal Pelajar & Alumni’ serta ‘Melonjakkan Keterlibatan Alumni dan Derma Alumni’.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, semua teras ini haruslah bermatlamatkan untuk memanusiakan manusia melalui kemenjadian mahasiswa melibatkan penekanan terhadap kesejahteraan, perkembangan, dan potensi mahasiswa sebagai individu yang bernilai dalam pendidikan tinggi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan ijazah kepada salah seorang graduan sempena Sidang Ke-7 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Raja Muda menegaskan, pihak fakulti perlu mengenal pasti permasalahan komuniti setempat dan dibawa sebagai satu projek reka bentuk bersepadu atau ‘IDP’ yang perlu diselesaikan oleh mahasiswa dengan panduan dan bimbingan daripada pensyarah serta komuniti terlibat.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Canselor sempena Sidang Ke-7 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Md Farishzan Ismail, Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli serta pengurusan tertinggi universiti.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pengurusan tertinggi dan graduan sempena Sidang Ke-7 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Seramai 459 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing daripada Raja Muda pada sidang kali ini terdiri daripada siswazah Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button