Devokalis UPSI raih medal emas sempena International Bandung Choral Festival 2023
Kumpulan koir deVokalis, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta kemenangan manis apabila meraih dua medal emas sempena International Bandung Choral Festival 2023 di Bandung, Indonesia baru-baru ini.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff melahirkan rasa bangga atas kemenangan itu yang berjaya mengharumkan nama UPSI.
“UPSI memiliki ramai pelajar yang berbakat dalam muzik yang sentiasa membuat persembahan yang mengkagumkan penonton,” katanya.
Bagi Kategori Mixed Voices, lagu “Ballad to the Moon” dan “Nuansa Ulek Mayang” membawa tuah kepada kumpulan itu untuk meraih medal emas.
Kumpulan deVokalis yang diketuai konduktor koir, Lilis Syafiza Mohd Yatim dan Monica Kong Lee Ping itu juga meraih medal emas Kategori Vocal Ensemble apabila berjaya memukau juri dengan persembahan lagu “Seloka Tiga Kupang” dan “Stand Up”.
Md Amin turut mengucapkan terima kasih Menteri Pendidikan Datuk Seri Khaled Nordin yang menyokong dan mendanai sumbangan bagi UPSI menyertai festival berprestij yang disertai sembilan negara iaitu Malaysia, Austria, Kemboja, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand, Amerika dan Indonesia.
Kumpulan Anggota koir yang membabitkan 28 pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dan Diploma Muzik terdiri daripada Shahazwani Nafisha Shahrul Nizam,Fatin Faqihah Mohd Ali, Ajlaa Maira Hilme, Rehuella Eve Menson, Nurdarlyna Abdullah, Batrisyia Mohd Shariffudin, Christal Ann Stephen, Nur Elysa Putri Mohd Nor Azlan, Ainaa Hanis Hamdan, Nur Allysha Sabrina Sabri, Noryshea Nala Lexline Anak Alexander, Nuhammad Zulfeka Nasrun, Sayed Muzakkir Sayed Hamzah, Mohd Fikri Aripuddin, Muhammad Zaim bin Mohd Zakaria, Mohd. Izmir Aizat Affendi, Amirul Syazani Ahmad Asmaruddin, Muhammad Luqman Aliff Asrizal, Ahmad Khuzaimie Idham Mohd Khairul Anuar, Muhammad Azmel bin Azlihan, Muhammad Daniel Hakimi bin Mohammed, Mohammad Fahmi Mat Zaki, Muhammad Azim bin Mohd Khair, Lee Hong Le serta Chen Xu
Menurut Presiden Bandung Choral Society, Tommyanto Kandisaputra program International Bandung Choral Festival itu kali pertama kali diadakan pada tahun 2011, kemudian tahun 2022.
“Festival ini berlangsung secara bergilir di berbagai kota Indonesia secara sekali gus menjadi kebanggaan dan dinantikan oleh komuniti paduan suara Indonesia dan dunia.
Katanya, setiap tahun penganjur berjaya menarik lebih banyak penyertaan festival yang memberi fokus kepada pendidikan, kolaborasi dan membangun persahabatan antara peserta.
“Kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada peserta paduan suara, baik penyanyi dan konduktor, juri, staff, serta seluruh tenaga sukarela serta Yayasan Universitas Katolik Parahyangan yang bekerja keras menjayakan festival.
Beliau turut berterima kasih kepada Bapak Kepala Badan Narkotika Nasional Republik Indonesia yang menyokong penyelenggaraan festival sebagai gerakan memerangi dadah melalui kegiatan nyanyian. -SM
Baca : Pusat Pengajian Bahasa Melayu UPSI di Uzbekistan Johan PABM tiga tahun berturut-turut