Hiburan

Campur tangan Eiza Idanie kelakar sebenarnya-Shila Amzah

Isu rumah atas nama Shila Amzah tak habis-habis lagi!

SHILA Amzah penyanyi yang tidak asing lagi beranggapan campur tangan seorang wanita bernama Eiza Idanie Che Saleh dalam isu diam ahu menjual rumah yang diduduki oleh ibunya dan adik-adiknya sebagai satu benda yang kelakar.

Shila yang mengakui dia mengambil pendekatan dari awal lagi untuk berdiam, tidak perlu buat ‘live’ di media sosial lagi, memilih untuk bercakap kepada wartawan hiburan Harian Metro dalam memberi pencerahan tentang Eiza Idanie ini.

“Benda ini kelakar sebenarnya. Sebab itulah dari awal lagi, saya macam, cukuplah, diamlah, tak perlu buat ‘live’ (di media sosial) lagi. Kalau kami nak keluarkan kenyataan, lagi banyak lagi,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, tambah Shila, dia bukan ingin memainkan ‘peranan’ sebagai tuan rumah atau apa namun menjaga hak dan kehormatan dirinya sebagai individu.

“Saya sebenarnya memang tidak ambil tahu apa-apa. Saya sudah tidak mahu popularkan orang yang tak perlu.

“Tempoh hari, saya suruh dia keluar. Memang patut pun dia keluar. Saya sudah lama bersabar. Jadi, semasa dia duduk di rumah saya, kalau betul dia bekerja pun, saya tak tahu apa-apa.

“Saya jenis orang yang tidak suka kalau orang datang ke rumah saya tanpa pengetahuan saya. Inikan pula tinggal di situ.

“Saya bukan nak memainkan peranan sebagai tuan rumah. Tapi, perlu ada rasa hormat itu. Saya rasa, kehormatan diri itu patut ada pada semua orang,” katanya memberi penjelasan panjang lebar.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai Eiza yang menafikan mempunyai hubungan dengan Shafiq, dihutang oleh Shafiq dan wangnya sebanyak RM8,000 pernah digunakan oleh bapa Shila, Datuk ND Lala untuk satu urusan pendaftaran perniagaan.

“Kalau dia nyatakan kepada saya, hutang ada sekian-sekian. Tetapi, tetap juga saya tidak mengizinkan dia duduk di rumah saya sebab saya tidak ada kaitan apa-apa,” kata Shila.

Shila berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Eiza Idanie Che Saleh yang tinggal di rumah atas nama Shila Amzah selepas dipelawa oleh ibu bapa Shila.

Shila berkata, dia tidak ada kaitan dengan wanita itu. Bahkan tidak ada kaitan dengan sebarang hutang antara wanita itu dengan adiknya, Amir Shafiq.

“Secara normalnya, rumah itu rumah siapa? Itu kita kena ambil kira. Saya tidak ada kaitan apa-apa dalam hal ini. Saya tidak ada kaitan dengan dia. Memang tiada,” katanya. – SM

BACA Arwah Ibu Ubai pesan teruskan majlis nikah walau apa terjadi

BACA Shila Amzah dan Ubai Mz bercinta, tak sangka ia bermula dengan skuter

BACA Jarak umur bukan penghalang percintaan Shila Amzah dengan influencer TikTok

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button