Persatuan Melodi Kenangan Artis & Penggiat Seni Malaysia (PEMEKAR) dan Langkawi Country Lodge (LCL) kerjasama LADA, Tourism Langkawi dan Kompleks Kraftangan Langkawi bakal mengadakan acara Perkampungan Pelancongan Seni Budaya 2023 di Langkawi Country Lodge pada 9, 10 &11 November 2023.
Bagi menyemarakkan lagi acara tersebut, semasa acar berlangsung dan malam gala akan dimeriahkan oleh selebriti tempatan antaranya Dato Tamimi Siregar, Dato Siti Fairuz, Fredo, Roslan Madun, Mat Over, Mubarak Majid, Keena Mentor, Irma Seleman dan Dijana Stena dari Serbia dan ramai lagi dengan jualan produk dari mereka.
Tujuan program ini diadakan bagi menyemarakkan seni budaya masyarakat Malaysia di kalangan Pelancong yang datang tinggal di persekitaran hotel, lodge dan homestay di Langkawi untuk memberi pendedahan tentang kesenian di Malaysia.
Menurut Penyelaras program ini, Haji Amran Nasrudin, program ini merupakan kepentingan bersama demi menaikkan industri pelancongan di Langkawi.
‘’Kami pemekar bersama bersama LCL untuk teruskan acara ini dengan mengadakan aktiviti yang berkaitan seni dan budaya melibatkan pelancongan.
‘’Kami akan adakan bengkel tarian, pemuzik tradisional, silat dan sebagainya, kelas ini akan dikendalikan oleh pakar-pakar sama ada dari Langkawi dan Kuala Lumpur ataupun dari artis yang terlibat yang mahir dalam bidang masing-masing.
‘’Harapan kami sangat tinggi kepada pihak kementerian yang berwajib supaya membantu menyokong kami khususnya dalam aktiviti begini memerlukan peruntukan, tapi peruntukkan itu amatlah sukar untuk dapatkan dari badan korporat apatah lagi bantuan dari kerajaan’’. Jelasnya selepas sesi pelancaran Perkampungan Pelancogan Seni Budaya bertempat di Langkawi Country Lodge.
Antara aktiviti yang akan di jalankan termasuklah Lepak Seni bersama Artis, Jualan Produk Artis, Bicara Tokoh Seni, Permainan Tradisional & Rakyat, Bengkel Tari/ Teater/ Muzik, Busana Tradisional, Tatarias dalam teater, Pertandingan karaoke, Penyampaian puisi dan Malam Gala Irama Malaysia.
Bagi pengusaha Langkawi Country Lodge, Norhayati Abdullah yang lebih dikenali, tercetusnya idea ini untuk melakukan acara apabila menonton teater di Kota Mahsuri dan ingin menjadikan tempatnya sebagai hub kesenian.
Malah untuk acara Perkampungan Pelancongan Seni Budaya 2023 ini bekerjasama dengan seluruh hotel di Langkawi demi menaik taraf pelancongan.
‘’Saya menyediakan platform dan mengunakan tenaga kerja mereka untuk mengajar di samping itu mencari bakat baru serta mempromosikan kesenian pada pelancong luar, Hasrat saya juga ingin menjadikan Langkawi sebagai tempat melancong sambal belajar.’’ Ujarnya.
Dengan wujudnya culture hub di sini ramai lagi pelancong dan pengunjung akan datang ke Langkawi dan akan menginap di persekitaran hotel/Motel/Lodge dan homestay di Chenang khususnya disamping menambah pendapatan pengusaha-pengusaha penginapan.
Sasaran pengunjung yang akan hadir acara yang berlangsung selama tiga hari ini seramai 2 ribu, untuk sebarang maklumat boleh hubungi Encik Haji Amran, 019-305 6928. – SM
Artikle Berkaitan :>
Balai Seni Negara anjur Kenduri Seni Kampung meraikan kreativiti dan kelestarian budaya di Ulu Dong