Ebit Lew muncul semula dengan laporan polis
Sejak 3 bulan lalu pendakwa bebas, Ebit Lew hilang dari socmed, tiada khabar berita dan sudah tidak kemas kini media sosialnya, kini Ebit Lew muncul dengan laporan polis berhubung isu fitnah yang dilemparkan ke atasnya baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, dia yang baru sahaja pulang dari Jeddah, hanya menyerahkan urusan tersebut kepada pihak polis dan pihak guamannya untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut.
“Bismilla. Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.
“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya.” Katanya.
Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan bin Ibrahim Lew hadir ke Ibu Pejabat Polis Subang Jaya (USJ8) bagi membuat laporan mengenai isu tersebut.
Baru-baru ini, seorang wanita dari Indonesia dengan badan dan muka bertatu iaitu Mondy Tato, tampil mendedahkan berhubung sikap Ebit kepada kepada wanita tersebut ketika menjadi tetamu bagi sesi podcast bersama penyanyi rap Caprice.
Mondy mendakwa dirinya telah menjadi mangsa gangguan seksual terhadap Ebit Lew semasa bertemu di Indonesia.
Artikle Berkaitan :>
Kes Ebit Lew: WhatsApp juga dikesan mengandungi gambar, video lucah