Hiburan

Lah Ahmad kehilangan nenek berusia 102 tahun, gagal menahan sebak

Penyanyi Lah Ahmad yang merupakan bekas anggota kumpulan VE gagal menahan sebak apabila mengenang neneknya Meriam Ahmad meninggal dunia di usia 102 tahun pada dua hari lepas.

Lah Ahmad gagal menahan sebak menceritakan detik pemergian neneknya

Namun penyanyi yang berusa 43, berkata, dia dapat berbakti kepada insan yang pernah menjaganya dari kecil sehingga menguruskan pengebumian hingga mengimamkan solat jenazah.

Arwah nenek Lah Ahmad meninggal padA usia 102 tahun

“Selepas ayah meninggal dunia, Mak Tok tinggal dengan kami sejak saya berusia tiga tahun.

“Dia banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang baik mengaji surah Al-Insyirah dan tertib dal solat.

“Tak pernah sekalipun dia marah, apabila dia tengok saya pakai seluar jeans koyak, dia terus buang tanpa marah-marah,” katanya.

“Kami berasa kehilangan insan paling penting sebab dia satu-satunya orang tua yang terakhir dalam keluarga,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya lagi, mereka sekeluarga sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan melihat keadaan arwah neneknya yang semakin lemah malah sebelum ini arwah pernah menunjukkan beberapa tanda pelik seakan memberi bayangan bakal pergi.

“Kami reda malah kami keluarga juga sudah bersedia sekiranya Mak Tok dijemput Ilahi pada bila-bila masa.

“Saya sendiri, kalau nak keluar pun sentiasa beringat untuk berpakaian sopan bukan baju band Metallica kerana bimbang menerima berita buruk.

“Saya memang dah lama berniat nak mengimamkan solat jenazah Mak Tok,” katanya.

Sementara itu, Lah Ahmad turut berkongsi Konsert Jatuh Cinta yang akan diadakan di Istana Budaya pada 7 Oktober ini dan akan mendendangkan lebih 20 lagu yang turut diiringi Orkestra Simfoni Universiti Malaya.

Lah akui sangat teruja untuk menjayakan konsert ini bersama Rubbertapper Production House serta menghiburkan para peminat.

Konsert Lah Ahmad bakal diadakan di Istana Budaya

“Awal tahun lalu saya pernah tampil dengan konsert solo namun kali ini kapasitinya lebih besar.

“Jadi saya harap dapat memenuhi permintaan peminat yang memberikan sepenuh sokongan sepanjang karier,” katanya.

Menurut info dari pihak penganjur sebanyak 70 peratus tiket sudah dijual, namun untuk sebarang semakan boleh terus ke kauter Istana Budaya.

Kauter Istana Budaya untuk menyemak.
Harga tiket bermula
AYU :RM390.00
ULANGTAHUN : RM290.00
SEMPURNA DAN TERBAIK :RM210.00
KERNA SAYANG : RM170.00
ADINDA : RM130.00

Artikle Berkaitan :>

Airmata jantan Lah Ahmad gugur atas pentas persembahan

Lah Ahmad tetap jual CD walaupun industri muzik bertukar ke digital

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button