Cina juga perlu berani tolak DAP seperti Melayu
Pada tahun 2014 sehingga 2018 kami bertungkus lumus lawan kerajaan Kleptokrasi bermatian.
Saya sendiri orang pertama ditahan di bawah Akta SOSMA, masuk lokap dan disumbat ke dalam penjara selama dua bulan setengah tanpa bicara.
Agenda kami adalah untuk selamatkan bangsa serta negara dari dirosakkan oleh kerajaan Kleptokrasi.
Kini pada tahun 2023 kerajaan Madani dan DAP melantik pemimpin Kleptokrat jadi Timbalan Perdana Menteri manakala kes-kes rasuah Zahid Hamidi digugurkan.
Penyangak Zahid Hamidi pula dijemput oleh DAP menghadiri konvensyen parti mereka baru-baru ini dengan memberi tepukan gemuruh oleh para perwakilan pada tokoh pemimpin Kleptokrat tersebut.
Inilah maruah dan budaya politik DAP yang hakikatnya berjuang untuk mendapatkan kuasa semata-mata.
Demi untuk berpaut pada kuasa pemimpin-pemimpin DAP sanggup bersekongkol dengan siapa saja asalkan matlamat tercapai.
Menggadai prinsip demi berpaut pada kuasa tidak lagi menjadi masalah pada DAP.
Pengundi dan masyarakat Cina pula tidak berani menghukum parti DAP.
Apa saja kesalahan yang DAP lakukan akhirnya para pengundi Cina tetap memangkah parti tersebut.
Sebab itu kini DAP amat ‘keras kepala’ dan ‘naik tocang’ kerana bagi pemimpin-pemimpin DAP apa saja yang yang mereka lakukan samada baik ataupun tidak betul masyarakat Cina tetap menyokong parti tersebut.
DAP is purely skunk and never trust their leaders at all!!
Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa DAP kini sebagai ‘tali barut’ yang merosakkan amalan demokrasi tulen serta menjahanamkan kepimpinan negara kita.
Orang-orang Cina juga kena berani bangun untuk tolak DAP di atas setiap kesilapan-kesilapan yang dilakukan secara sengaja oleh parti tersebut pada realitinya.
Ikhlas dari,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Pengerusi
Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu
12 September 2023