Melayu tak peduli haram, mungkin akan cuba hidangan ‘babi masak asam pedas’!
Terdapat segelintir Melayu moden hari ini yang jelas menurut tarkrifan Perlembagaan Persekutuan adalah beragama Islam dilihat tidak peduli pasal ‘halal’.
Bagi mereka, asalkan sesuatu itu viral dalam media sosial, berpusu-pusulah segelintir puak Melayu moden ini ke lokasi yang dilihat itu agar tidak dilabel ‘ketinggalan’.
Namun realiti yang sedang dialami nasib segelintir Melayu moden ini adalah mereka mungkin risau ‘kebodohan’ mereka tidak terserlah dengan baik demi ‘like & comment’.
Sebelum cerita pasal nasi ayam periuk tanah ini tular, masyarakat Malaysia dihidangkan dengan kedai Zaitoun yang menjual kunafa di Bukit Bintang.
Mereka yang berada di Zaitoun itu meminta para pelanggan termasuk anak-anak Melayu Malaysia yang beragama Islam menari untuk mendapatkan kunafa percuma.
Hanya Perlu Klik, Sertai Group Whatsapp Ini Adalah Percuma
Kini cerita restoren nasi ayam periuk tanah yang diusahakan orang Indonesia yang fasih bercakap bahasa Cina pula yang tular dan diburu segelintir Melayu moden.
Paling mengejutkan, mereka bukan sahaja sudah beroperasi selama 28 tahun malah mereka bukanlah orang Melayu Malaysia yang cakna soal halal.
BACA JUGA> Hanya di Indonesia, wanita bertudung ini jual sate ular tedung di tepi jalan
Sebaliknya mereka adalah orang Indonesia yang memasak nasi ayam periuk tanah, bukan hanya mencampurkan wine malah beras yang digunakan pun tidak dibasuh.
Mentang-mentang mereka mengenakan kopiah dan tudung di atas kepala, generasi Melayu moden tidak tahu di Indonesia, mak cik jual sate ular pun pakai tudung!
Maka tidak hairanlah jika suatu hari ini, apabila sifat malu dan rasa was-was ini hilang dari dalam hati, babi masak asam pedas pun sanggup mereka beratur panjang.
BACA JUGA> Babi Masak Asam Pedas Dijual RM57.74 Semangkuk Di…
Masalah berlaku kerana selawat ke atas Baginda Muhammad SAW dan zikir kepada Allah SWT bukan budaya masyarakat Melayu moden, yang mengakibatkan hati mati.
Apabila hati mati, antara yang hak serta yang batil pun sukar nak dibezakan sehingga sesuatu perkara itu haram atau buruk di sisi pandangan Islam, mereka anggap sebagai normal.
BACA JUGA> Ternampak lurah & bentuk dada, lelaki gatal buat gambar Ruhainies sebagai ‘modal’
Ingin beriklan dengan Suara Merdeka? Emelkan hajat anda ke [email protected]
Ada isu rakyat yang YB tempat anda tidur? Emelkan ‘kekantoian’ itu ke [email protected]