Ungku Ismail tampil pertahankan Nad Zainal
Sejak beberapa hari ini , kecoh berkenaan Nad Zainal menjadi perbualan orang ramai, dakwaan pergaduhan dengan beberapa artis. Kini suami kepada aktor berkenaan, Ungku Ismail tampil mempertahan isterinya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ungku Ismail melalui story, tentang catatan atau nota ringkas selepas isterinya teruk dikecam gara-gara kontroversi ini.
“Untukmu yang jadi korban para penggosip. Orang yang di belakang suka membicarakan aib dan kekuranganmu.”
Walaupun tidak menujukan entri berkenaan secara terbuka kepada Nad, namun perkongsian tersebut seakan-akan bertepatan dengan situasi yang melanda isterinya ketika ini.
Terdahulu, kenyataan yang dibuat aktres Nabila menjelaskan dirinya tidak mengenali Nad dan menimbulkan reaksi malah akaun Instagram miliknya telah disekat.
Selain itu aktress Sharifah Sakinah turut memuat naik satu hantaran di Instagram mengatakan akan memadam semua posting yang dibuat sewaktu Nad dimasukkan ke hospital pada November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Susulan daripada itu kenyataan yang dibuat oleh Nabila dan Sakinah wargamaya membuat kesimpulan bahawa hubungan mereka bersama Nad sedang berada fasa kurang baik.
Ungku Ismail dan Nad Zainal mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023.
Artikle Berkaitan:>