Politik

[Video] “Panggil saya, ayahanda..” – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta akar umbi UMNO memanggilnya sebagai ayahanda termasuk ketika beliau turun ke 191 bahagian seluruh Malaysia.

Kenyataan itu dibuat semasa Zahid curi-curi hadir ke Himpunan Solidariti Wanita Bersama Presiden dalam mempertahankan institusi presiden dalam UMNO.

“Yang paling penting mulai pada esok, di Johor, saya akan turun di seluruh 191 bahagian di seluruh negara. Saya akan berjumpa jawatan kuasa dan ketua cawangan.

“Saya perlu turun. Saya perlu membumi. Saya perlu mengakar umbi. Tapi tolong panggil saya ayahanda ni. Ayah ni untuk orang yang muda-muda.. saya ayanda,” katanya.

Kenyataan itu mendapat sorakan lebih 1,000 Wanita UMNO yang meluangkan masa untuk menunjukkan solidariti masing-masing mempertahankan institusi presiden parti itu.

Tonton video di bawah:

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button