Politik

PN sapu bersih Langkawi

LANGKAWI: Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Langkawi apabila menang di Ayer Hangat dan Kuah.

Calon PN DUN Ayer Hangat, Shamsilah Siru mencipta sejarah apabila menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama di kerusi tersebut setelah menang dengan majoriti 3,824 undi.

Beliau yang mendapat 10,701 undi mengatasi tiga pencabar iaitu Safwan Hanif Shafie (Bebas-6,877), Hisham Suhaily Othman (Barisan Nasional-4,909) dan Zulfadli Mohd. Yusoff (Bebas-134).

Zulfadli turut hilang deposit pada pilihan raya negeri (PRN) itu yang menyaksikan 68.9 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sementara itu, Amar Pared Mahamud menang di DUN Kuah apabila meraih 13,364 undi mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Fauzi Chik yang mendapat 5,394 undi dan calon Bebas, Mazlan Ahmad (2,013).

Mazlan yang merupakan bekas Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Langkawi turut hilang deposit.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button