Nasional

Kementerian Pengajian Tinggi kaji semula dasar-dasar berkaitan

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi sedang dalam proses menyemak semula dasar-dasar berkaitan dan amalan imigresen secara agresif sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menjadikan negara ini sebagai hab bakat dan pengetahuan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dengan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk meletakkan pendidikan tinggi sebagai pemangkin pertumbuhan, beliau percaya Malaysia mempunyai beberapa kelebihan dan kekuatan yang akan membantu negara muncul dan menjadi hab bakat untuk semua.

“Kami berhasrat untuk menarik dan memupuk individu dan minda berbakat dari seluruh dunia dan berfungsi sebagai pusat kecemerlangan untuk menjana, menyebar dan mengaplikasikan pengetahuan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan majlis makan malam aluan Forum Presiden Universiti Teknologi Malaysia (UTM-UPF) Ke-13 (UTM-UPF) 2023, di sini malam tadi.

Turut hadir Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Mohamed Khaled berkata Malaysia berhasrat untuk menjadi tuan rumah kepada seramai mungkin bakat dan minda yang hebat dan berkongsi kepakaran serta pengalaman dengan seberapa banyak negara yang mungkin.

Beliau turut menggesa pemimpin universiti dari seluruh negara dan seluruh dunia menjalin kerjasama baharu melalui UTM-UPF.

Beliau berkata pemimpin universiti memainkan peranan penting dalam memacu pengantarabangsaan dan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) global.

“Dengan memperjuangkan kerjasama global secara proaktif, ia dapat memotivasikan komuniti akademik untuk mencari peluang dalam peringkat antarabangsa. Marilah kita berkerjasama untuk memajukan pendidikan tinggi dan memacu kemajuan negara kita ke tahap yang baharu,” katanya.

UTM-UPF ke-13 yang bertemakan “Innovating Solutions: Expanding Horizons” telah dihadiri oleh 25 orang presiden universiti dan 115 orang wakil dari 11 buah negara. -SM

Baca : Rakyat Terengganu, Kedah kini boleh mendapatkan manfaat Skim Perubatan Madani Fasa 2

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button