Biar di saf belakang perjuangan Islam, daripada di saf depan bersama barisan tolak Islam
TAN SRI ANNUAR MUSA mengingatkan Datuk Puad Zarkashi:
Saya lazimnya jarang memberi reaksi di fb kepada posting sahabat saya YB Datuk Dr Puad Zarkashi. Sekali sekala saya text direct kepadanya. Walau beliau kerap menyerang saya, saya tidak melayaninya.
Kali ini saya ingin beri sedikit reaksi tentang tulisannya yang “bersimpati” dengan saya kerana tidak terpilih menjadi calon PAS.
Saya ucapkan Terima Kasih pada Puad. Cuma sedikit malang kerana Puad menggunakan nilai hidup dia untuk menyukat perasaan saya.
SAYA BUKAN PUAD ZARKASHI
Puad sewaktu berjawatan tinggi dalam parti dan kerajaan telah memberontak bila nama beliau tidak dipilih menjadi calon dlm PRU. Beliau meletak jawatan, dan mahu bertanding menentang calun partinya sendiri. Malah ada tuduhan beliau sabotaj Ketua Wanita beliau yg telah dipilih jadi calon.
Saya tidak begitu
Saya juga berbeza dgn Puad dimana sebagai Ketua UMNO Bahagian, saya jaga anak buah saya sebaiknya, walau ketika saya tiada apa-apa jawatan.
Saya pimpin UMNO Bahagian Ketereh lebih 35 tahun, tidak pernah ditewaskan. Puad tewas jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat ketika dia ahli MKT, Wakil Rakyat dan Speaker Dewan Negeri Johor
Kita berbeza kerana kita punya nilai hidup dan politik yang berbeza.
Menjadi calon bukan matlamat perjuangan saya. Memilih calon, hak parti. Kita boleh memasang hasrat. JIKA DIPILIH, IA SATU AMANAH. JIKA TIDAK, IA BUKAN SEGALA GALANYA SEHINGGA KITA NAK MERAJUK, APA LAGI MENGUGUT DAN MENGGUGAT PARTI SENDIRI.
Puad tidak perlu menyindir Islam, atau parti yang berhasrat memperjuangkan Islam.
Yang pasti, adalah lebih baik berada disaf belakang perjuangan berlandaskan Islam dan muafakat berpaksikan Islam dari menjadi hero dalam saf perjuangan yang menjulang mereka yang benci, atau menolak Islam serta mufarakah dari Muafakat Orang Islam.
Pegangan kita berbeza.