Nasional

Anthony beri jaminan runtuhan terowong tidak jejas kemajuan ECRL

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak terjejas meski pun berlaku kejadian runtuhan terowong bawah tanah di sekitar Bentong, Pahang baru-baru ini.

Beliau berkata, runtuhan Terowong 2 ECRL yang berada 13 meter bawah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang mendap, sudah pun dibaik pulih.

Anthony Loke

“Saya sudah mengarahkan MRL (Malaysia Rail Link Sdn Bhd) mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, hari ini.

Untuk rekod, mendapan tanah dekat Plaza Tol Bentong berlaku, baru-baru ini, menyebabkan laluan dari kedua-dua arah di KM66.1 KLK ditutup kelmarin.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu. Laluan arah timur dibuka semula pagi tadi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, mendapan tanah seluas 9.5m lebar x 10m panjang x 4.3m itu dikenal pasti berpunca daripada pembinaan terowong ECRL.

Kontraktor segera menimbus mendapan itu menggunakan konkrit dan disusuli turapan jalan. – SM

BACA Pengorekan Terowong Berkembar Genting selesai dalam tempoh kurang empat tahun

BACA Terowong ECRL runtuh punca mendapan di Lebuhraya Karak-KL

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button