Ekonomi

“Saya tidak mahu lancar pecah tanah konon untuk nampak cepat,” – Rafizi Ramli

Ramai yang bertanya bila Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) IPR nak mula.

Saya sebenarnya tidak mahu lagi lancar pecah tanah konon untuk nampak cepat tetapi hasil atau tindakan adalah perlahan selepas itu.

Untuk INTAN-IPR, maksud ‘melancarkan’ itu adalah kemudahan itu sudah siap sepenuhnya.

Peserta INTAN-IPR yang telah dipilih boleh masuk mula terus. Jadi peserta pun bersemangat boleh mula kerja terus daripada pecah tanah tetapi terus menunggu.

Sebab itu pelancaran projek INTAN di satu-satu kawasan seperti UPM ini memerlukan tempoh 3-4 bulan kerana kami kena bersihkan tanah, kena bina struktur dan kena memulakan tanaman. Peserta hanya mula sertai program dengan diberikan plot-plot pertanian apabila tanaman sudah hampir matang dan sedang mengeluarkan hasil.

Selepas Petaling Jaya dan UPM, saya akan lancarkan projek INTAN di Putrajaya pada minggu hadapan.

Pelancaran projek INTAN berbeza dengan projek pertanian lain kerana sebelum pelancaran kita sudah lengkapkan segala kemudahan dari segi infrastruktur pertanian, rumah hijau dan hasil tanaman yang sedang berbuah.

Kredit Rafizi Ramli

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button