PolitikPRK

Berkempenlah dengan dasar dan bukan mainkan sentimen

SUARA MERDEKA: Saya kecewa dengan media di Malaysia. Yang sedang berlangsung ialah Pilihan Raya Kecil di Parlimen Tanjung Piai. Tetapi isu yang dimainkan ialah usia calon Pakatan Harapan (PH) berusia 66 tahun dan mata bengkak Datuk Seri Najib Tun Razak.

Takkanlah media di negara ini dikendalikan oleh editor yang begitu rendah pemikiran. Bila pemimpin Barisan Nasional (BN) menyebut tentang usia calon PH yang agak lanjut, ia dijadikan bahan bagi menyerang pemimpin BN.

Apabila Najib tidak hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes 1MDB kerana sakit mata, tetapi hadir berkempen di Tanjung Piai, itu yang dijadikan peluru menyerang bekas Perdana Menteri itu.

Saya rasa tidaklah perlu merendahkan martabat media di negara ini dengan pemberitaan tahap longkang kerana Malaysia kini kononnya telah memasuki era baharu.

Media yang dahulu alternatif kini telah menjadi broker kepada kerajaan, jadi mereka harus berkelakuan sebagai media arus perdana kerana mereka menggambarkan kerajaan hari ini.

Saya faham bukan mudah apabila sesuatu yang timbul dari longkang dan jalanan hendak menyesuaikan diri dengan peranan baharu sebagai pembela kerajaan serta membawa imej kerajaan.

Jika sebelum ini tiada peluang dan ruang untuk menghantar wartawan ke luar negara mengikuti menteri, tetapi kini peluang terbuka luas, apatah lagi mendapat suntikan dana dari dalam dan luar negara.

Saya berang kerana jika kita membawa pemikiran longkang, maka pemikiran longkanglah yang akan dianuti oleh masyarakat.

Fikir sama tanggungjawab membina negara dan bukan hanya mengejar populariti dan pengikut semata-mata.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button