Ekonomi

‘Syokpping Gila-Gila di Eco-Shop’, paling best boleh dapat hadiah kereta!

Kedai dua ringgit atau lebih dikenali EcoShop sebuah jenama tempatan yang menjadi kegilaan orang ramai dengan penawaran harga serendah RM2.40 pada setiap barangan sehingga menjadi destinasi popular membeli belah.

Kini sempena dengan ulang tahun EcoShop yang ke 20th, melancarkan satu kempen untuk memberi penghargaan kepada pengunjung bertemakan ‘SYOKPPING GILA-GILA’ dengan Satu Harga! di LRT Masjid Jamek hari ini.

Gimik Pelancaran di Masjid Jamek, dikunjungi oleh orang ramai

Menurut Ketua Pegawai Operasi EcoShop Malaysia, Jessica Ng, selain melancarkan kempen ‘Syokkping Gila-Gila dengan satu harga’, syarikat itu juga memperkenalkan EcoApp kepada semua para pembeli dan akan menerima 500 mata ganjaran secara percuma kepada Ahli-ahli yang mendaftar melalui aplikasi ini.

Ketua Pegawai Operasi Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng

“Hari ini, kami ingin mengumumkan kempen pengguna di EcoShop yang sangat menarik iaitu ‘Syokkping Gila-Gila dengan satu harga’,” yang dilancarkan sempena kempen ulangtahun Ke-20 Eco-shop. Kami ingin mengundang anda semua untuk turut serta dalam contest kempen ini.

“Cara untuk menyertai adalah sangat mudah anda hanya perlu beli barang sebanyak RM40, imbas kod QR di resit pembelian dan berpeluang untuk memenangi 100,000 eco-coins! Yang menariknya, pemenang boleh memilih hadiah pilihan mereka, seperti kereta, percutian, komputer riba, perkakasan, elektrik, dan banyak lagi item menarik yang ada. Untuk butir yang selanjutnya, sila kunjungi kedai EcoShop yang berdekatan.

“Selain itu, kami ingin kongsi satu lagi berita baik. Saya ingin memperkenalkan EcoApp kepada anda semua. Anda boleh memuat turun EcoApp sekarang, terus mendaftar dan menerima 500 mata ganjaran secara percuma. Ahli-ahli EcoApp baru ini boleh menikmati pelbagai kelebihan dan penawaran eksklusif.

Ia merupakan Top 10 aplikasi membeli belah yang terkenal di Malaysia dan mempunyai 800,000 ahli.” Jelasnya lagi semasa sesi sidang media semasa pelancaran lokasi kempen di LRT Masjid Jamek.

Jika tahun lalu syarikat tersebut melancarkan pemasaran rekaan komik di papan tanda besar sepanjang lebuh raya kini syarikat tersebut melakar sejarah baru di stesen LRT.

“Selain itu, kami juga menunjukkan lokasi Ecoshop di dalam LRT – lintasan Kelana Jaya. Oleh itu, jangan lupa muat turn Eco App semasa berada dalam LRT dan terus melewati EcoShop berdekatan. Dengan satu harga RM2.40, anda boleh membeli barangan rumah, makanan atau mainan.”

“Turut menyediakan booth di tingkat bawah, di sana anda boleh menyertai permainan, mendapatkan sampel, memenangi baucer dan pelbagai lagi aktiviti menarik, setiap minggu selama satu bulan krew Eco-Shop menyediakan aktiviti berbeza”. Katanya lagi.

Syarikat itu juga turut berterima kasih kepada semua para pembeli kerana sentiasa menyokong sepanjang perjalanan EcoShop. Dalam masa yang sama mereka akan terus memberikan komited untuk menyediakan lebih banyak jenis produk berkualiti dengan satu harga tetap RM2.40 kepada pelanggan.

Dimeriahkan lagi oleh tarian tema Eco-Shop

Untuk maklumat EcoShop ditubuhkan oleh Datuk Sri Lee kar Whatt pada tahun 2023 di Johor, kini sudah mempunyai lebih daripada 240 cawangan di seluruh Malaysia.

EcoShop juga mempunyai 35 jenama sendiri di antaranya GANSO, VERONA, EXCUE, DELICIES, PAWSITIVE, KREATIMAMA dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan ;>

Pemilik Warung 2 Ringgit nekad pertahan harga bajet

Kerajaan Perpaduan tiada hala tuju ekonomi yang mampan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button