Nasional

Perdana Menteri beri bayangan PRN diadakan Ogos

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri sekitar Ogos ini.

Bercakap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama masyarakat India di Nilai hari ini, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, PRN selewat-lewatnya akan diadakan pada bulan berkenaan.

“Saya minta kerjasama kawan-kawan semua, bagi sokongan kerana negeri ini akan ada pilihan raya (pada) Ogos. Mesti ada pilihan raya selewat-lewatnya Ogos, mesti pilihan raya,” katanya.

Justeru, beliau menyeru pengundi khususnya di Negeri Sembilan untuk terus memberi mandat kepada PH dan Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir dan menerajui negeri berkenaan selepas PRN.

“Jadi, ini negeri (Negeri Sembilan), semua kaum ada. Ini negeri Melayu, India, Cina. Kalau orang datang bawa kempen seolah-olah ini negeri India saja punya ka.. Melayu saja punya ka, dia salah.

Related Articles

“Kita kena jaga negeri ini supaya boleh jaga semua kaum. (Setiausaha Agung DAP), Anthony Loke kata ada orang tunggu (mahu ambil alih kerajaan negeri), dia boleh tunggu.

“Tapi kalau mahu selamat ini negeri, mahu jaga ini negeri, mahu semua kaum kita jaga, kamu (rakyat) mesti jaga PH dan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button