Nasionalpilihan

Tinggalkan jawatan Pegawai Farmasi jual anak pokok strawberi

Siapa sangka tanpa pengalaman dalam bidang pertanian seorang pemegang Ijazah Farmasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berjaya menjadi pengeluar anak pokok strawberi tanah rendah.

Lebih mengejutkan Siti Marziah Abd. Ghapar, 36, sanggup berhenti kerja sebagai Pegawai Farmasi di Hospital Melaka pada 2016 semata-mata mahu mengusahakan tanaman berkenaan.

Menurutnya, sejak percubaanya menanam buah itu membuahkan hasil apabila pokok berkenaan hidup subur dan mengeluarkan buah yang manis, permintaanterhadap anak pokok strawberi meningkat setiap hari.

Siti Marziah Abd. Ghapar menunjukkan anak pokok strawberi yang diusahakan di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka.

Katanya, dia tidak menyangka percubaan itu membuahkan hasil dan terdapat 600 anak pokok yang ditanam di dalam pasu di sekitar kawasan rumah serta membuahkan hasil pertama November tahun lalu.

“Ramai teruja dengan kejayaan saya berjaya menanam pokok strawberi tanah rendah dan mengeluarkan hasil serta rasanya manis seperti yang ditanam di Cameron Highlands.

Related Articles

“Ada di antara mereka menanam pokok itu tetapi tidak membuahkan hasil seperti yang saya tanam. Mereka berminat ingin mengikut kaedah tanaman yang saya lakukan.

“Sejak itu permintaan terhadap anak pokok itu meningkat setiap hari
sehingga saya mendapati bekalan tidak mencukupi,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang di sini hari ini.

Siti Marziah berkata, dia mampu meraih pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap bulan apabila sebanyak 600 anak pokok strawberi berjaya dijualnya.

Katanya, dia menjual anak pokok itu dengan harga antara RM15 hingga RM20 sebatang mengikut varieti yang diminta pelanggannya.

“Saya menanam 12 varieti anak pokok strawberi seperti Fragaria Ananassa, Fertival, Kamarosa, Japanese Sweet Charlie, Albion, Angel Eight dan K- pop,” ujarnya yang mengusahakan tanaman itu bersama suaminya, Mohd. Izwan Mohd. Musai, 36.

Jelasnya, dia bukan sahaja menjual anak pokok itu sebaliknya turut
mengajar pelanggannya kaedah bagaimana menanam pokok itu sehingga dapat mengeluarkan buah yang manis. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button