EkonomiLuar Negara

1001 khasiat madu putih Kyrgyzstan hidup di pergunugan salji

MADU putih atau Madu Bunga dibawakan khas dari pergunungan Tian Shan di Kyrgyzstan tanpa tapisan jauh daripada pencemaran yang dipercayai mampu memberikan seribu satu khasiat kepada orang ramai.

Kyrgyzstan sebuah negara di Asia Tengah, dikelilingi daratan dan bergunung-ganang, bersempadan dengan Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Republik China. Kyrgyzstan juga merupakan negara yang digelar ‘Virgin Country‘.

Jadi, tidak hairanlah mengapa banyak sumber yang semula jadi terdapat dalam negara itu, antara yang paling popular adalah Madu putih yang hidup di pergunungan salji.

Madu yang diambil dari pergunungan

Walaupun agak mustahil untuk rakyat Malaysia menikmati madu ini namun jangan khuatir kerana syarikat Nomad Global Dynasty membawa madu putih ini sebanyak 1 tan yang diterbangkan terus  ke Malaysia.

1001 khasiat madu putih jauh dari pencemaran

Menurut Pengarah Syarikat, Nomad Global Dynasty yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Dean, produk ini sudah setahun sampai ke Malaysia dan beliau mengambil madu ini yang memperlihatkan perubahan terhadap kesihantannya yang semakin baik selepas diserang Covid-19 tahap empat pada tahun 2021 lalu.

“Saya sangat yakin dengan produk madu ini kerana saya sudah mencuba produk ini semasa saya diserang Covid tahap empat.

Datuk Dean pemgasas Nomad Global dynasty

“Ketika itu, doktor sudah mahu tidurkan saya namun saya menolaknya kerana yakin ada usaha lain untuk saya lakukan.

“Dalam masa yang sama ketika dalam wad untuk melawan virus covid ini, saya ikhtiar mengamalkan habbatus sauda yang dicampur madu putih ini sehingga beransur baik,” katanya semasa ditemu bual SUARA MERDEKA.

Dalam pada itu, beliau mengambil kesempatan untuk memasarkan madu ini di peringkat global dan berkongsi dengan rakyat Malaysia Madani tentang khasiat madu putih ini.

Sementara itu, rakan kerjasama syarikat Nomad Global Dynasty, Adelia Akbarova yang merupakan warga Kyrgyzstan mengakui sangat teruja untuk memasarkan produk keluaran negaranya itu.

“Nomad Honey sangat sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur dari bayi sehinggalah ke warga emas kerana tiada bahan pencemaran dan sudah semestinya, ia halal.

“Kyrgyzstan sebuah negara pertanian yang mempunyai sumber tanaman gunung sesuai untuk dipasarkan ke seluruh dunia dan Malaysia menjadi negara pilihan selepas Jepun, kedua-dua negara ini amat istimewa bagi saya dengan corak ekonomi yang kukuh dan masyarakat yang mudah berkerjasama,” katanya.

Kelebihan khasiat yang boleh didapati dalam Nomad Honey ini adalah antioksidan, antibakteria, meningkatkan sistem imun, penambahbaikan sistem penghadaman, membantu mencegah kanser, penyakit jantung, sumber vitamin mineral yang baik, mencegah gejala selesema, selsema dan kerengsaan tekak.

Nomad Honey yang kini dipasarkan secara dalam talian di www.nomadglobal.com.my dan media sosial NomadHoney

Artikle berkaitan

90.21 peratus pengundi sokong draf pindaan Perlembagaan Uzbekistan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button